Pada mulanya kewujudan Pak Mat Western tidak ramai yang tahu. Bermulanya perniagaan secara kecil kecilan ini tidak sangka mampu tawan selera pelanggan di sekitar Bukit Minyak sehingga mampu membuatkan ramai pelanggan dari luar Pulau Pinang juga untuk turut datang.
Atas sambutan yang amat dahsyat, Pak Mat Western mulai berkembang dengan restoran kedua yang berada di selatan tanah air iaitu Kulai, Johor.
Kedua- dua buah restoran ini memberikan alasan yang kukuh kepada Pak Mat Western untuk membuka lagi cawangan seterusnya di Alor Setar, Kedah dan Ipoh, Perak.
Pak Mat Western juga telah memikirkan inisiatif terbaik kepada mereka yang jauh untuk merasai produk ‘homemade’ sejuk beku yang telah terjual sejak 2020.
Memasuki tahun ketiga jualan produk sejuk beku ini sudah semestinya bakal memberikan kejutan kepada orang Singapura dan Brunei kerana Pak Mat Western akan masuk pasaran di sana.
Alhamdulillah 🤲 Terima kasih atas sokongan terhadap Pak Mat Western. Kami mempunyai visi dan misi yang jelas tahun 2023 ini untuk dicapai. Teruskan sokongan dan doa buat Pak Mat Western.